Lelaki Unggul
Lelaki Unggul,
yang cintanya pada bondamu hingga tersulam dirimu,
yang menghisab gaji bulanbulan membeli susu tepung mahal,
yang menangguh impiannya untuk mencanting impianmu,
yang perkenal Quran dan Tuhan serta muzik dan Matematik,
yang mengucup dahimu sebelum sampai bibir lelaki lain mengucup dahimu,
yang mengazankanmu sebelum sempat bunyi bunyi lain menyinggah deriamu
----Ayah
Shah Alam
2011
"Mungkin, ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta
bukan untuk sampai ke penghujungnya,
tapi untuk menimba pengalamannya "
Mahu Tak Mahu
kita takkan dapat apa kita mahu,
kita akan dapat apa kita tak mahu
kita harus mahu apa kita tak mahu
hingga kita tak mahu apa kita mahu
R
e
d
h
a
.
kamar
2008
actually banyak je lagi hasil penulisan Wani Ardy yang aku suka based pada buku ni.. antaranya Wajah, Lelaki Bernama Halimunan, Tempat Asal Cinta,Lailatul Qadar, Hadiah , Jarak Jauh... n byk lagi.. bagi aku, aku suka .. =)
p/s : sastera x mewajibkan seseorang digelar jiwangz..alert2! hehe
No comments:
Post a Comment